FEBRUARI 2024

Tun Dr. Wan Junaidi Hadir Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-265


Kuala Lumpur : Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-265 bertempat di Istana Negara pagi ini.

Mengiringi Tun Dr. Wan Junaidi ke mesyuarat ini adalah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.-Astana Negeri Sarawak